SK Poring, Ranau Sekolah ini dibuka pada 14 Januari 1969 dan diasaskan oleh En. Luhudan Gansanan yang merupakan ketua kampong pada masa itu. Penubuhan sekolah ini bermula dari sebuah bangunan kayu yang berukuran ( 40 x 26 kaki persegi) yang telah disumbangkan oleh Majlis Daerah Ranau. Bilangan murid pada masa itu adalah seramai 9 orang dengan seorang sahaja tenaga pengajar yang juga merupakan Guru Besar yang pertama bagi sekolah ini iaitu Tuan Hj, Siman Yakob. Pada tahun 1983, kerajaan telah menambah kemudahan fizikal sekolah di bawah pinjaman Bank Dunia. Majoriti murid sekolah ini datangnya dari Kg. Poring dan Kg. Nampasan serta sebilangan kecil lagi datang dari kampung- kampung berdekatan.
MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
KOD SEKOLAH : XBA 5433 NAMA SEKOLAH : SEK. KEB. PORING POSKOD : 89300 BANDAR : RANAU NEGERI : SABAH NO. TELEFON : 088 – 878 637 GRED SEKOLAH : B PERINGKAT SEKOLAH : SEKOLAH RENDAH JENIS MURID : CAMPUR SIDANG : PAGI BAHASA PENGANTAR : BAHASA MELAYU MILIK BANGUNAN : KERAJAAN DAERAH PENTADBIRAN : GABUNGAN BARAT PEJ.PELAJARAN DAERAH : RANAU TARIKH PENUBUHAN : 14 JANUARI 1969 JENIS BANTUAN : BANTUAN PENUH KELUASAN : 4.75 EKAR JARAK DARI PPD : 23 KM KELOMPOK ZON SUKAN : UTARA
|